jom kenal durian.

Hello peeps! 

Musim durian datang lagi. Kali ni agak mencabar kerana musim durian kali ini jatuh semasa lockdown disebabkan pandemic COVID-19 di negara kita. Jadi, agak sukar untuk kita ke gerai-gerai durian di tepi jalan disebabkan lockdown. Walau bagaimana pun, kita tidak mahu lepaskan peluang untuk menjamah durian yang hanyalah setahun sekali.

Disebabkan hanyalah setahun sekali musim durian ini, mungkin anda tertanya, apakah jenis-jenis durian yang ada dijual diluar sana.

Agak-agaknya ada berapa jenis durian yang boleh didapati terutamanya di Malaysia?

Durian atau lebih dikenali dengan raja buah merupakan buah yang sangat terkenal di negara kita. Buktinya, bukan orang kita sahaja yang tergilakannya, malah orang luar pun turut menyukainya.

Namun, penting untuk anda ketahui yang durian bukannya ada 2-3 jenis sahaja. Ianya lebih dari apa yang anda jangka.

Berikut Emir senaraikan 14 jenis durian yang wajib anda ketahui. Alang-alang terliur tu, cubalah sekarang.
Teruskan membaca!

#1 D-99

#2 D-123 Durian Chanee

#3 D-158 Kan Yau

#4 D-168 Hajah Hasmah

#5 D-169 Tok Litok

#6 D-175 Durian Udang Merah

#7 D-145 Durian Beserah

#8 D-13

#9 D-24

#10 D-200 Durian Duri Hitam

#11 D-159 Durian Mon Thong

#12 D-197 Durian Musang King

#13 D-2 Durian Dato Nina

#14 888 Durian Kampung


nombor satu D-99

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Durian jenis D-99 ini agak mudah untuk didapati. Dari segi saiz buah, ianya selalunya bersaiz sederhana besar atau kecil dan bentuknya bulat. Durinya halus & tajam, manakala warnanya hijau gangsa.

Untuk isinya pula, ianya tidak terlampau manis dan baunya juga tidak sekuat bau jenis durian yang lain. Pendek kata, kalau anda tidak berapa suka bau durian yang kuat, bolehlah cuba jenis D-99 ini.

nombor dua D-123 durian chanee.

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Durian D-123 ini dikenali sebagai Durian Chanee. Bentuknya sedikit lonjong berbanding durian yang lain. Kulit durian berwarna hijau keperangan dan teksturnya lebih kasar.

Isinya berwarna kuning, tebal dan rasanya lemak-lemak manis. Baunya juga sederhana dan tidak terlampau kuat. Tahap kepejalannya juga dikategorikan sebagai lembik.

nombor tiga D-158 durian kan yau.

Durian D-128 merupakan Durian Kan Yau. Durian yang berasal dari Thailand ini bersaiz sederhana besar dan beratnya selalu dalam purata 2- 3 kilogram.

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Jenis durian ini sangat terkenal dengan tangkainya yang panjang, kira-kira 17 cm! Warna isinya selalunya kuning dan isinya sederhana besar dan tahap kepajalannya lembik. Saiz buah pula bujur dan sederhana besar.

nombor empat D-168 durian hajah hasmah.

Nama lain bagi durian D-168 ini agak menarik dan unik – Durian Hajah Hasmah! Buahnya berbentuk bulat, besaiz sederhana besar dan kulitnya berwarna hijau keperangan.

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Kategori D-168 ini buahnya mudah dikopek berbanding kategori lain. Isinya berwarna jingga dan tahap kepejalannya tinggi. Ianya mempunyai rasa lemak manis namun sedikit pahit.

nombor lima D-169 durian tok litok.

Durian D-169 ini nama lainnya ialah Durian Tok Litok. Buah kategori ini berbentuk bujur dan panjang, manakala warnanya hijau kekuningan.  Durinya panjang dan saiznya sederhana besar.

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Isinya manis dan sedikit pahit. Ketebalan isinya ialah sederhana dan warna isi ialah kuning. Berat buah ini juga agak ringan, sekitar 1.5 – 3 kilogram sahaja.

nombor enam D-175 durian udang merah.

Durian Udang Merah merupakan antara durian yang agak dikenali berbanding jenis durian yang lain. Selain Musang King, Udang Merah merupakan antara durian yang terlaris.

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Saiz buahnya ialah sederhana besar dan berbentuk bujur. Kulitnya berwarna hijau perang dan durinya pendek. Untuk isi, ianya tebal, lembik dan rasanya lemak-lemak manis.

nombor tujuh D-145 durian udang beserah.

Kategori D-145 pula duriannya dikenali dengan nama Durian Beserah atau Durian Tuan Mek Hijau. Buahnya bersaiz besar dan berbentuk bulat. Kulitnya berwarna hijau dan nipis.

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Isinya sederhana tebal, teksturnya halus dan ianya berwarna kuning. Warna isinya kuning, kepejalan isi ialah lembik dan ianya tidak terlampau manis. Baunya juga sederhana.

nombor lapan D-13.

Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mencuba durian dan kurang menggemari aroma durian yang kuat, bolehlah anda cuba durian kategri D-13 ini. Pasti cocok dengan citarasa anda!

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Durian ini bersaiz sederhana dan isinya tidak tebal. Warna isinya pula jingga dan tahap kemanisannya ialah sederhana dan rasanya tidak terlampau kuat.

nombor sembilan D-24.

D-24 merupakan antara jenis durian yang senang didapati dan murah harganya berbanding durian lain. Pendek kata, ianya memang akan menjadi buruan ramai setiap kali tiba musim durian.

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Buahnya bersaiz sederhana besar, berbentuk bulat dan berwarna kehijauan. Isi durian berwarna kuning pucat, rasanya lemak namun sedikit pahit. Tahap kemanisan ialah biasa.

nombor sepuluh D-200 durian duri hitam.

Durian selalunya berwarna hijau atau kuning, kali ini kami bawa satu keunikan untuk kategori D-200 ini – kulitnya berwarna hitam. Sebab itulah ianya dikenali dengan nama Durian Duri Hitam!

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Durian ini bersaiz sederhana dan berbentuk bulat. Isinya tebal dan berwarna jingga. Rasanya manis berkrim , namun sedikit pahit, Tekstur buah ialah lembut dan tahap kepejalannya ialah biasa.

nombor sebelas D-159 durian mon thong.

Durian kategori D-159 juga dikenali sebagai Durian Mon Thong. Melihat namanya sahaja pasti anda boleh teka yang durian ini berasal dari Thailand. Untuk pengetahuan anda, Mon Thong ialah Raja Durian Thailand!

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Buahnya bersaiz besar, berbentuk bujur dan hujung buahnya tajam. Kulitnya berwarna hijau keperangan dan tangkainya pendek. Isi durian jenis ini sedikit keras, rasanya manis dan tidak pahit.

nombor dua belas D-197 durian musang king.

Inilah dia jenis durian yang anda nanti-nantikan – Musang King atau Raja Kunyit! Jenis durian ini merupakan antara yang paling terkenal di negara kita. Kualitinya juga merupakan yang terbaik berbanding jenis yang lain.

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Keunikan durian jenis ini terletak pada kualiti dan tekstur isinya yang lebih lembut berbanding durian biasa. Rasanya juga berlemak serta memiliki rasa berkrim dan pahit.

nombor tiga belas D-2 durian dato nina.

Kredit imej dari FAMA.

Kredit imej dari FAMA.

Buah Durian Dato Nina bersaiz sederhana besar dengan anggaran berat sekitar 1.5 - 2.2 kg sebiji. Rasanya manis serta memiliki rasa sedikit pahit. Apabila buah yang masak di buka, akan kelihatan isinya yang berwarna dan rasanya memang sangat manis. Isinya memang berbeza sekali kerana ia dari jenis yang isinya sangat tebal dan kalau makan satu ulas sahaja pun Emir rasa sangat memuaskan dan amat mengenyangkan.

nombor empat belas 888 durian kampung.

Durian paling original ini terhasil dari pokok tunggal yang berusia ratusan tahun. Walaupun isinya agak padat, rasa durian kampung yang asli tidak konsisten sama sekali — ada yang pahit, ada yang manis. Senang cerita, ikut nasib. Durian ini manis (seperti vanilla), pahit atau tawar, bentuk tidak konsisten dan warna-warna yang berbeza.

IMG_1239.JPG

kesimpulan.

Bagaimana? Sudah mula kecur perut membayangkan kemanisan dan rasa berkrim durian? Jangan tunggu lama-lama, takut nanti menyesal pula bila jenis durian kegemaran habis terjual!

Emir juga ingin menasihati anda agar meneliti jenis durian yang anda beli. Sesetengah penjual boleh mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang tidak tahu tentang jenis durian. Harap artikel ini membantu anda mengenali jenis durian ya!

Selain dimakan begitu sahaja, durian juga boleh dibuat tempoyak, serawa, durian crepe atau lebih menarik, aiskrim. Cuba sahaja mana-mana resepinya. Selamat menjamu selera!

Di kesempatan ini, Emir Sabarudin berkolobrasi dengan Ekar Lui dan Sabar’s Favs dalam mempromosikan durian kampung untuk dijual kepada anda semua dikala lockdown ini. Klik link ini untuk pesanan dan penghantaran.

Semoga anda semua dapat belajar dari entri saya ini,
Jumpa lagi dan jaga diri,
EMIR xx

Previous
Previous

your mid-year financial check-in!

Next
Next

book review: undefining my masculinity.